Kuala Lumpur 9 Nov – Rakyat Malaysia kini
boleh menggunakan MyKad untuk berbelanja di 100 buah pusat membeli belah
di sekitar Lembah Klang menerusi program MyKad Smart Shopper.
Perisian terbaru MyKad itu diuruskan oleh I-Synergy Universal
Sdn.Bhd. iaitu sebuah syarikat pemasaran integrasi dengan kerjasama
Koperasi Pembangunan Multimedia (MDeC).
Pengarah Eksekutif I-Synergy Universal, Lawrence Teo berkata,
program MyKad Smart Shopper telah berjaya menarik lebih 2000 pemilik
MyKad mendaftar dengannya setakat Ogos lalu.
Menurutnya, ketika ini 100 buah pusat membeli belah telah
mengaplikasikan urus niaga dengan mengunakan Mykad menerusi konsep
pemasaran perkongsian yang dikenali sebagai Affiliate Junction.
“Kami membangunkan konsep pemasaran perkongsian dengan memeberi
ganjaran kepada rakan kongsi yang memperkenalkan program ini kepada
peniaga dan pengguna.
“Kami juga merancang mengembangkan rangkaian Affiliate Junction
pada masa depan untuk memberi kemudahan kepada 27 juta rakyat di negara
ini,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.
Rakyat Malaysia boleh mendaftarkan MyKad mereka melalui rangkaian
rakan kongsi Affiliate Junction untuk menikmati pelbagai tawaran hebat
program ini.
