.

.

Latar Belakang

 

Affiliate Junction

Projek ini dimiliki dan diuruskan oleh peneraju syarikat "Affiliate Marketing" yang kukuh di Malaysia - I Synergy Universal Sdn Bhd (IS), dengan sokongan daripada MDeC (Multimedia Development Corporation)



I Synergy Universal Sdn Bhd (IS), Syarikat Kumpulan - Diasaskan oleh En. Lawrence Teo (CEO Syarikat) pada April 2008 dengan RM5 Juta modal dibenarkan dan RM 2.5 Juta modal berbayar.

En. Lawrence Teo juga merupakan pengasas bagi projek "Affiliate Junction" yang mendapat pengiktirafan yang sangat tinggi oleh pelbagai pihak.

Lokasi HQ yang sangat strategik dan berprestij - Ibu pejabat yang terletak di pusat komersial - Mid Valley City, Kuala Lumpur. 


Pada November 2011, I Synergy Universal Sdn Bhd (IS) telah pun mendapat status MSC yang sememangnya menjamin kedudukan dan juga kekukuhan syarikat ini dalam industri "Affiliate Marketing".


Sebahagian daripada keratan akhbar/majalah/gambar tentang rentetan peristiwa dalam bidang "Affiliate Marketing" oleh Syarikat I Synergy Universal sejak tahun 2008. 
[VVIP: Tun Dr. Mahathir, Dato Seri Ismail Sabri Yaacob, Dato Dr. Sheikh Shukor (The M'sai 1st Astronaut), Dato Danny Ooi (Founder of Malaysia Book of Record) dan lain-lain]. 
Melalui program ini, syarikat IS Sdn Bhd sering terpapar dalam akhbar tempatan dan juga di muka depan "The Edge Financial Daily" dimana mendapat kerjasama dan juga testimonial daripada agensi besar seperti Tune Talk, Clara International Beauty dan lain-lain. Program ini bukanlah bersistem MLM. 

Projek "Affiliate Marketing" menjadi semakin terkenal dari hari ke hari. Pada Nov 2010, Syarikat IS Sdn Bhd secara rasminya bekerja dengan MDeC, mengintegrasikan (mempelbagaikan) fungsi MyKad dalam "Affiliate Junction" ini, di bawah projek MSC. Pelancaran dan sidang media telah diadakan dengan kehadiran lebih 120 pihak kerajaan, koporat, pihak media dan swasta.


Pelbagai keratan akhbar berkaitan program "Affiliate Junction" yang menjadi topik hangat selepas dilancarkan secara rasmi. Projek ini juga berkembang pesat di Sabah dan Sarawak sebagaimana yang terpapar di akhbar-akhbar Sabah dan Sarawak.


Projek "Affiliate Junction" telah tersenarai dalam Smart Card Flagship Application Booklet yang dikeluarkan oleh MDeC, edisi 2011. Buku ini menerangkan 50 fungsi Kad Pintar (MyKad). Selain itu "Affiliate Junction" juga boleh didapati dalam Laman rasmi JPN (Jabatan Pendaftaran negara). Hal ini membuktikan sokongan penuh daripada Pihak JPN. Perlu dimaklumkan, kerjasama antara Syarikat IS Sdn Bhd, ini dengan JPN dan MDeC bukanlah dari segi perkongsian perniagaan atau perdagangan tetapi sebagai pengiktirafan untuk mempromosi penggunaan terhadap MyKad.



Surat Perakuan dan Pengesahan daripada Jabatan Pengajian Tinggi. Surat Rakan Strategik Keusahawan Jabatan Kolej Komuniti. Kementerian Pengajian tinggi.


Peristiwa Paling Bersejarah
Syarikat IS Universal Sdn Bhd telah dianugerahkan sebagai "The Most Recognized Brand In Affiliate Marketing Sector tahun 2010" oleh Pertubuhan Franchise ASEAN melalui projek "Affiliate Junction", Syarikat IS adalah sama taraf dengan agensi-agensi besar seperti AirAsia,ING,Bonia,Clara dan lain-lain. Kedudukan syarikat ini bukan hanya kukuh di Malaysia sahaja, malah diluar Malaysia juga sudah terbukti kedudukannya selepas mendapat pengiktirafan ini.


Untuk pengetahuan umum, Syarikat I Synergy Universal Sdn Bhd telah bekerjasama bagi membantu Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia melalui pendermaan 1% daripada setiap transaksi penduduk Malaysia. Ini, bermaksud melalui perbelanjaan harian Anda, Anda telah melakukan amal jariah yang sememangnya akan membantu pihak yang lebih memerlukan. "Berbelanja Sambil Menderma".

Bagaimana dengan pasaran "Affiliate Marketing" di Malaysia?

Di Malaysia, terdapat 28 juta penduduk, di mana setiap hari pemegang MyKad baru akan bertambah. Ini jelas membuktikan pasaran projek "Affiliate Junction" adalah pada tahap yang amat memberangsangkan kerana pembelian boleh berlaku di mana-mana dan Affiliate akan menikmati 1% insentif dari perbelanjaan pelanggan / peniaga. Selagi pelanggan menggunakan MyKad dan selagi peniaga membuka kedai, insentif/komisen akan diterima secara berterusan.


 
Copyright © 2014 Kenali Kanser - All Rights Reserved
Template By. Simkad4Affiliate