Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Adakah anda pemilik MyKad? Sudah tentu anda mempunyai MyKad jika anda
warganegara Malaysia. Hari ini, saya ingin kongsikan mengenai aplikasi
ke 50 MyKad iaitu MyKad untuk pemasaran perniagaan anda. Jika anda masih
tidak tahu apakah aplikasi yang terdapat di dalam MyKad sehingga
mencapai 50 aplikasi.
Oleh yang demikian, satu Program MyKad Smart Shopper dengan kerjasama
JPN dan MDeC telah dilancarkan pada November 2010. Pihak Affiliate
Junction membantu JPN dan MDeC dalam usaha untuk meningkatkan secara
optimum penggunaan kad pintar MyKad rakyat Malaysia dalam kebanyakkan
urusan di seluruh negara. Oleh yang demikian, anda yang mempunyai MyKad
adalah layak untuk mendapatkan faedah dan manfaatnya sekarang.
Bagaimana?
Adakah anda :-
- Seorang pembeli
- Seorang pengguna
- Seorang peniaga
- Seorang pekerja
Jika anda salah seorang daripada senarai di atas, anda sememangnya
layak untuk mendapat manfaat daripada program ini. JPN dan MDeC telah
memberikan sokongan penuh dalam menjayakan penggunaan aplikasi MyKad
ini.Tetapi bagaimana? Mudah sahaja, anda sebagai pemilik MyKad hanya
perlu mendaftarkan sahaja untuk mengaktifkan MyKad anda dalam mendapat
diskaun atau rebet serta mata ganjaran yang boleh ditebus. Apa yang anda
dapat selepas mengaktifkan MyKad ialah :-
- Diskaun untuk setiap perbelanjaan
- Mata Ganjaran yang boleh ditebus (Tiada tarikh luput).
- Tiada bayaran pendaftaran.
- Tidak perlu perbaharui pendaftaran.
- Hanya tunjukkan MyKad di kedai-kedai yang telah disenaraikan.
