MyKad melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menambahkan perisian
terbaru iaitu program MyKad Smart Shopper. Program yang dibangunkan dan
diuruskan oleh I Synergy Universal Sdn. Bhd.
Dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Multimedia (MdeC) memudahkan rakyat Malaysia yang gemar membeli-belah.
Sejak bulan Ogos 2010, anggaran 2000 penduduk Malaysia telah
berdaftar sebagai pengguna program ini yang menawarkan lebih 100 buah
rangkaian membeli-belah di sekitar Lembah Klang. Program tersebut
dilihat akan meluaskan lagi pasarannya ke serata Malaysia bagi
membolehkan rakyat menikmati penjimatan perbelanjaan harian mereka
dengan hanya meleretkan MyKad.
Program “MyKad Smart Shopper” oleh Affiliate Junction dirasmikan oleh
Pengarah Projek Kad Pintar, Jabatan Pendaftaran Negara, (JPN), Siti
Rohani Mohamad Yusup. Turut sama melancarkan program istimewa ini adalah
Pengarah Pegawai Operasi, Koperasi Pembangunan Multimedia (MdeC), Ng
Wan Peng, Ketua Bahagian Kad Pintar Pelbagaiguna, Bahagian
Sosio-Ekonomi, Koperasi Pembangunan Multimedia (MdeC), Abdul Jalil
Shukor dan Pengarah Eksekutif I-Synergy Universal Sdn. Bhd. Serta
Pemilik Affiliate Junction, Lawrence Teo.
