Assalamualaikum, sebagai pengguna anda semestinya perlu tahu akan hak
anda untuk mendapatkan informasi yang sebenar, betul dan tepat. Saya
ingin tegaskan bahawa, blog ini bukanlah laman web JPN atau laman web
MDeC atau laman web pihak kerajaan. Blog ini hanya memberikan sedikit
maklumat program Mykad Smart Shopper ini.
Program ini adalah dibawah syarikat I Synergy Universal Sdn Bhd.
Pihak JPN dan MDeC serta pihak yang menyokong program ini tidak
memberikan penerangan secara khusus di laman web mereka, namun mereka
telah menyatakan sendiri secara jelas mengenai program ini dan laman web
http://www.aj.my/ di dalam buku kuning yang
dikeluarkan sendiri oleh pihak MDeC selaku pengeluar MyKad dan JPN
sebagai pengguna pertama aplikasi MyKad dan Affiliate Marketing
(Affiliate Junction) adalah pengguna dan aplikasi yang ke-50 untuk
menggunakan MyKad. Muat Turun buku kuning di Buku Keluaran MDeC di sini.
Ini sebagai satu pengiktirafan yang telah diletakkan di dalamnya.
Sebagai pengguna, anda perlu lihat sendiri semua bukti dan pengesahan.
Blog ini sebagai penyampai maklumat dan salah satu cara untuk saya
mengwar-warkan program ini kepada masyarakat. Tetapi, anda juga boleh
merujuk kepada laman web yang sebenar seperti di http://aj.my/ atau http://mykad.aj.my/. Program ini dibangunkan dan diuruskan oleh I Synergy Universal Sdn Bhd. Jadi anda boleh semak kesemua laman web ini. Jika ragu-ragu, hubungi pihak yang anda rasa boleh dipercayai.
Program ini juga telah berkerjasama dengan Asean Retail-Chains &
Franchise Federation (ARFF) & Malaysia Retailer-Chains Association
(MRCA).
Jika anda mempunyai sebarang keraguan atau pertanyaan tentang program
kami atau ingin menjadi Anggota Gabungan AJ atau Agensi Dibenar melalui
program pelesenan berbayar kami, sila hubungi hotline program kami di 1800-88-6925 (MYAJ,) atau email kepada info@aj.my.
Ini semua untuk rujukan anda, saya boleh beritahu kesemua perkara
yang anda mahu tahu sebelum menyatakan sesuatu kepada program ini. Yang
paling utama, anda faham bahawa ini bukan MLM, SCAM atau program-program
yang mempunyai agenda tersembunyi. Semua maklumat adalah secara terus
dan saya mengalu-alukan anda untuk mendengar sesi penerangan kepada
program ini yang biasanya akan dilakukan di pejabat Affiliate Junction
di Jalan Klang Lama dan beberapa kawasan hotspot di sekitar Kuala Lumpur
dan Selangor.
Untuk mendengar mengenai Program ini, anda boleh hubungi saya Riduwan
di talian 012-5594634. Untuk makluman anda juga pihak AJ akan mengadakan
penerangan di lokasi hotspot seperti di TTDI Shah Alam setiap hari
Selasa, di Riatinta, Seksyen 3, Bangi, pada Jumaat dan di Wisma Mixton
di Jalan Klang Lama setiap Rabu.
Terdapat juga di kawasan Melaka dan Sabah di dalam jadual yang telah
dibuat oleh pihak AJ untuk turun memberikan penerangan mengenai Program
MyKad Smart Shopper. Segala pertanyaan, boleh hubungi saya. Terima
kasih.
